Celcom Axiata Dan Universiti Teknologi Petronas Menjadi Pemangkin Pembelajaran Digital

Dato’ Sri Shazalli Ramly (Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad) dan Datuk Ir.(Dr.) Abdul Rahim Hashim (Vice Chancellor of Universiti Teknologi Petronas) menandatangani MoU, disaksikan oleh Afizulazha Abdullah (Chief Business Services Officer of Celcom Axiata Berhad) dan Professor Dr. Fawnizu Azmadi Hussin (Director, Strategic Alliance Office of Universiti Teknologi Petronas)

Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang akan menyaksikan kedua-dua organisasi ini berkolaborasi dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pembelajaran pelajar-pelajar UTP.

Melalui usaha sama ini, para pelajar akan menerima manfaaat dari Celcom sebagai sumber pembekal data Internet dalam mengayakan lagi proses pembelajaran. Selain itu terdapat pelan strategik antara Celcom dan UTP di mana para pelajar berpeluang menerima latihan industri dan mengikuti program yang dianjurkan Celcom.

Inisiatif usaha sama ini adalah salah satu projek Celcom bagi meluaskan lagi liputan mereka dan para pelajar UTP yang menetap di Bandar Seri Iskandar merupakan kelompok pengguna yang amat memerlukan bantuan dari Celcom. Sebagai rakan dan pembekal data Internet rasmi, Celcom bertanggungjawab memasang 600 pusat akses WiFi meliputi kawasan kampus untuk kegunaan lebih 8,000 pelajar dan 900 staf UTP.

You might also like