Kemas Kini iOS 11.3 Beta Boleh Dimuat Turun, Tiada Lagi Sekatan Prestasi

Baru sahaja semalam pengguna iPhone di Malaysia ditawarkan kemas kini terbaru iOS 11.2.5. Ia adalah kemas kini kecil yang membaiki beberapa isu yang dihadapi terutamnya pengguna iPhone X.

Bagi pengguna iPhone beta hari ini mereka boleh memuat turun kemas kini iOS 11.3. Kami juga telah memuat turun versi ini pada peranti iPhone dan mendapati perisian terbaru ini tidak lagi menyekat prestasi jika kapasiti bateri berkurangan. Namun begitu, untuk beta yang pertama ini ia tidak disediakan dengan butang pengaktifan seperti yang pernah dijanjikan oleh Apple sebelum ini. Tetapi ia mungkin akan hadir pada kemas kini beta akan datang.

perbezaan prestasi sebelum dan selepas kemas kini

Kami juga telah melakukan ujian benchmark dan mendapati markah single-core dan multi-core pada peranti yang telah dikemas kini telah meningkat. Selain itu, fungsi sync pada iCloud untuk iMessages kini disokong semula. Untuk pemilik iPhone X pula, terdapat empat Animoji baharu antaranya tengkorak, naga, singa, dan beruang.

iMessage kembali disokong pada iCloud

 

Memori dalaman iOS 11.2.5 Beta berbanding memori dalaman iOS 11.3 Beta

Bagaimanapun, sebelum anda mengemas kini iOS 11.3, pastikan ruang storan mencukupi kerana ia memerlukan ruang storan yang besar melebihi 2GB.

You might also like