😭 Model iPhone Berikut Mungkin Tidak Dapat Menyokong iOS 13?!

Adakah acara tahunan WWDC 2019 akan memperlihatkan kehadiran iOS 13 masih tidak diketahui lagi, tetapi menurut berita tertiris dari laman sesawang Apple bercadang memaparkan sistem terbaru ini kepada pemaju Apple.

Seperti biasa, sistem operasi terbaru ini mungkin tidak akan menyokong pada sesetengah peranti lama di antaranya iPhone 5s, iPhone 6/6 Plus, iPhone 6s/6s Plus dan iPhone SE. Susulan penghentian bermakna peranti tersebut akan disingkirkan secara berperingkat, sebelum ini iOS 9 menyingkirkan iPhone 4 dan iOS 12 menyingkirkan iPhone 5.

Sekiranya benar, tindakan Apple kali ini mesti akan mengecewakan pengguna iPhone SE dan iPhone 6s. Buat masa ini, iOS 13 dalam proses menguji dan dijangka versi beta akan tampil pada acara tahunan WWDC 2019 nanti.

Sekiranya ciri baharu yang bakal diperkenalkan hanya menyokong pada iPhone X ke atas, adakah pengguna iPhone 6 pernah terfikir menukar ke iPhone baharu?

________________________________

Baca Juga:

 

 

You might also like