S Health

S Health IconAplikasi S Health yang dilancarkan oleh Samsung kini boleh dimuat turun di Play Store untuk semua peranti yang beroperasi Android 4.4 KitKat dan ke atas. S Health akan membantu anda kekal cergas dengan bantuan Stay Fit dan Track It, di mana Stay Fit akan bertindak sebagai jurulatih peribadi anda dan Track It akan mengesan aktiviti harian anda termasuk pemakanan harian. Stay Fit telah menawarkan pelbagai program latihan untuk meningkatkan kecergasan, kesihatan dan gaya hidup anda. Sama ada berjalan atau berlari, mendaki atau berbasikal, bermain sukan dalaman atau luaran, anda boleh mengesan pelbagai latihan fizikal dan aktiviti melalui fungsi ini, bahkan aktiviti kiraan langkah juga boleh dirakam dengan menggunakan alat pengukur langkah. Tambahan lagi, Track It akan mencatatkan pengambilan kafein dan pengambilan air mineral sebelum melakukan aktiviti. Anda boleh mengetahui jumlah pengambilan air yang harus diminum pada hari ini, serta batasan minuman yang memberi kesan negatif seperti kopi. Bagi menjaga kesihatan badan, anda harus mencuba aplikasi ini.

meitu_0

Muat Turun:

Android

  • RM 0
  • 42 MB
  • Android 4.4 dan ke atas
You might also like