
CES 2020 Bakal Memperlihatkan Kehadiran Samsung Galaxy S10 Lite & Note10 Lite
Acara tahunan CES 2020 akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat mulai 7 Januari 2020, pengeluar berjenama seperti Samsung, OnePlus, Xiaomi, HUAWEI dan banyak lagi telah bersiap sedia mengumumkan produk baharu mereka untuk tahun baru.
Sama dengan Samsung, sebelum ini tertiris spesifikasi dan harga bagi Galaxy S10 Lite, kini tertiris pula Note10 Lite. Menurut laporan dari Korea, kedua-dua model ini akan diperkenalkan dalam CES 2020.
Menurut sumber lagi, Galaxy Note10 Lite dilengkapi cip pemproses Exynos 9810, menyokong pengimbas cap jari dalam paparan, skrin pula tetap menggunakan rekaan takuk kecil dan mempunyai sokongan 3.5mm audio port serta S-Pen yang sedia ada pada siri Note.
Bagi spesifikasi S10 Lite pula, ia dilengkapi cip pemproses Snapdragon 855, paparan skrin 6.7 inci bertakuk kecil, hadir bersama 48MP + 12MP + 5MP tri-kamera dan 32MP kamera swafoto. Semakin dekat semakin banyak informasi yang tertiris, mana yang betul kita tunggu pelancaran rasmi dari Samsung.
GALAXY S10 LITE, BACA SINI:
Spesifikasi & Harga Samsung Galaxy S10 Lite Tertiris – Lebih Padu!