HUAWEI Mobile Services (HMS) meraikan musim cuti ini dengan penuh gaya – berkongsi pelbagai hadiah dan ganjaran menarik menerusi Festival HUAWEI AppGallery! Bermula 1 – 31 Januari 2019, pengguna HUAWEI boleh nikmati pelbagai tawaran menarik seperti baucar daripada rakan aplikasi terpilih, HUAWEI Points dan peranti pintar dari HUAWEI.
AppGallery adalah pasaran aplikasi rasmi pada telefon pintar HUAWEI yang dimuatkan sejak April 2018. Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh muat turun pelbagai aplikasi mudah alih daripada 18 kategori berbeza termasuk permainan, pendidikan, gaya hidup, essentials dan beli-belah.
Bertemakan “New Year, New Start”, Festival HUAWEI AppGallery menyediakan tawaran daripada pelbagai aplikasi terkemuka seperti Agoda, Lazada, SHAREit dan VIU, serta aplikasi tempatan popular seperti CARiNG, dahmakan, Fave, Tonton dan 988.
Festival ini merangkumi tiga promosi utama – ‘‘Download Apps & Get HUAWEI Points’, ‘Receive New Year Gifts at the Gift Center’ dan ‘Play & Win HUAWEI Smartphones’ – pengguna boleh sertai aktiviti ini menerusi aplikasi AppGallery.
Muat turun Aplikasi & Dapatkan Mata HUAWEI – Sehingga RM80
Sepanjang tempoh kempen, setiap aplikasi terpilih dalam AppGallery yang dimuat turun bakal diberi ganjaran 5 mata HUAWEI. Terdapat 16 aplikasi yang mengambil bahagian – di mana pengguna boleh mengumpul sehingga 80 mata HUAWEI. Mata ini boleh digunakan untuk pembelian dalam aplikasi (IAP) di HMS produk termasuk di AppGallery, Tema, Cloud Mobile, dan banyak lagi.
Hadiah Tahun Baru Dari Pusat Hadiah
Selain daripada mata HUAWEI percuma, pengguna juga boleh membuat tuntutan baucar dan hadiah daripada ‘Gift Centre’ di AppGallery. Pakej hadiah termasuk baucar beli-belah daripada Lazada bernilai RM20, langganan VIU Premium secara percuma selama satu bulan, langganan VIP iFlix selama dua bulan, langganan camScanner selama tujuh hari dan sebagainya.
Join & Menang Smartphone HUAWEI
Join permainan dianjurkan HUAWEI & rebut peluang menang peranti pintar HUAWEI dengan membeli barangan permainan dan pembayaran melalui HUAWEI In-App Purchases (IAP). Permainan ini terbahagi kepada 3 & terbuka kepada pemain dari Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
30 pembida terbaik dari empat negata tersebut akan menang hadiah utama! Fasa pertama berlangsung dari 01 – 07 Januari 2020 dengan HUAWEI Nova 5T sebagai hadiah. Fasa kedua pula bermula 08 – 14 Januari 2020 Manakala, fasa ketiga bermula 15 – 31 Januari 2020. Hadiah akan diumumkan pada setiap permulaan fasa.
Maklumat lanjut, HUAWEI Mobile.