Pengiktirafan Inovasi CES 2019 Milik LG Electronics

Consumer Technology Association (CTA) menganugerahkan Innovation Awards CES 2019 kepada LG Electronics (LG) atas usaha berterusan menghasilkan produk yang dilengkapi dengan teknologi terkini. Produk yang menempa nama adalah telefon pintar, jam tangan pintar, televisyen, soundbar dan juga peralatan rumah.

Telefon pintar LG V40 ThinQ dan produk soundbar telah menerima Anugerah ‘CES Best of Innovation Awards’, bakal diperkenalkan pada pameran CES 2019. Manakala Anugerah ‘CES 2019 Innovation Award’ pula diberikan kepada telefon pintar LG V40 ThinQ, LG G7 ThinQ dan juga jam tangan pintar LG Watch W7.

LG G7 ThinQ
LG Watch W7

Produk-produk lain yang menerima anugerah termasuklah peralatan rumah, komponen audio, LG OLED TV, komputer serta beberapa lagi yang akan diperkenalkan pada tahun 2019. Kesemuanya diiktiraf oleh CTA dengan sokongan Industrial Designers Society of America.  Produk-produk yang memenangi anugerah ini akan dipamerkan pada CES 2019 di Las Vegas dari 08 hingga 11 Januari, 2019.

LG V40 ThinQ
LG OLED TV
You might also like