Xiaomi Mi USB Car Charger Sokongan Dua Slot USB

1129
- Iklan -

1 Xiaomi bukan sahaja hanya memfokuskan kepada pengeluaran smartphone dan juga tablet, tetapi pelbagai jenis aksesori di bawah jenama mereka. Terkini, Xiaomi telah menambah satu lagi aksesori untuk pengecas kereta yang dinamakan Xiaomi Mi USB Car Charger. Tidak seperti pengecas kereta yang terdapat di pasaran hari ini, Car Charger ini hadir dengan sokongan dua slot USB yang membolehkan anda mengecas dua buah peranti secara serentak.

3Slot USB pertama menyokong output tenaga sehingga 5V/3.6A, sementara slot kedua pula adalah 5V/2.4A. Menurut jurucakap Xiaomi, ia membahagikan tenaga dengan baik dan tidak memberikan kesan terhadap kenderaan mahupun peranti anda.

4Lebih menarik lagi, ia diperbuat daripada aluminium dan akan mengeluarkan cahaya apabila disambungkan pada kenderaan. Buat masa sekarang, Xiaomi Mi USB Car Charger ini ditawarkan dengan harga RM 99 (promosi harga masa kini adalah RM 59).

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi di SINI