Gambar Pertama Yang Diambil Menggunakan Kamera Moto G4 Dan Moto G4 Plus Didedahkan

Sempena dengan majlis pelancaran dua model terbaru Moto G4 dan juga Moto G4 Plus di New Delhi, India, koleksi gambar awal yang diambil menggunakan kamera dua model tersebut telah didedahkan kepada umum.

MotoGFamily_Resized Lebih menariknya, koleksi gambar itu telah diperolehi melalui tweet yang dikongsikan oleh akaun Twitter @FoodTalkIndia dan telah disahkan diambil menggunakan Moto G4 dan Moto G4 Plus. Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan berhubung keupayaan penggambaran kedua-dua model tersebut. Namun bagi sebuah peranti yang dikategorikan dalam kelas pertengahan, kualiti penggambaran indoor boleh dianggap baik.

Moto-G4Sebagai rujukan, Motorola Moto G4 Plus hadir dengan kamera beresolusi 16 Megapiksel yang menggunakan sensor daripada OmniVision sebesar 1.3 mikron dan Aperture f/2.0. Malah ia juga telah dilengkapi dengan teknologi Deep Trench Isolation yang berupaya mengurangkan noise digital dan crosstalk. Moto G4 pula menampilkan kamera beresolusi 13 Megapiksel dengan Aperture f/2.2.

Hasil Gambar:

Hasil Gambar dari Moto G4
Hasil Gambar dari Moto G4
Hasil Gambar dari Moto G4 Plus
Hasil Gambar dari Moto G4 Plus
You might also like