
Pelancaran Atas Talian Flash Plus 2
Inilah dia!
Flash baru sahaja melancarkan peranti Flash Plus 2 mereka dengan cara yang sedikit unik berbanding pengeluar lain, peranti terbaru tersebut dilancarkan secara atas talian dan di sini kami kongsikan minit ke minit pelancaran Flash Plus 2 bersama anda.
Jam 04:02 petang: Flash memuat naik video promosi produk Flash Plus 2
Jam 04.03 petang: Imej rasmi pertama Flash Plus 2 diperkenalkan yang menampilkan kerangka aluminium dan kemasan khas yang memberikan ciri premium kepada peranti ini. Apa yang lebih menarik adalah bahagian badan Flash Plus 2 boleh digantikan.
Jam 04:05 petang: 7 proses kemasan yang dilakukan pada Flash Plus 2 bagi memastikan peranti ini mempunyai estetik rekaan yang sempurna.
Jam 04:05 petang: 2 pilihan warna yang disediakn untuk anda, Venus Gold dan Luna Silver.
Jam 04:07 petang: Pengecaman cap jari pada bahagian hadapan yang pantas, mengambil masa hanya 0.5 saat untuk membuka peranti.
Jam 04:08 petang: Flash Plus 2 menawarkan privasi dan keselamatan yang tinggi dengan fungsi Private Folder dan One Finger One App yang menggunakan data biometrik anda.
Jam 04:11 petang: Flash Plus 2 dilengkapi cip audio berprestasi tinggi yang membolehkan anda menikmati audio yang berkualiti. Selain itu ia juga dilengkapi amplifier NXP9890 yang meningkatkan kelantangan speaker sehingga 3-8 kali ganda (5-9 dB). Aplikasi suntingan audio juga disertakan sekali bersama Flash Plus 2.
Jam 04:15 petang: Kamera Flash Plus 2 menggunakan konsep hibrid di antara contrast auto focus dan PDAF auto focus yang boleh mengunci subjek dalam masa 0.1 saat sahaja.
Fungsi selfie juga amat baik dengan kehadiran LED Flash pada bahagian depan dan lensa 84.4°ultra wide-angle.
Jam 04:16 petang: Bateri 3000mAh bukan sahaja bertahan untuk sepanjang hari, malah ia juga boleh dicas 3 kali lebih pantas dari masa cas biasa.
Jam 04:19 petang: Flash Plus 2 dilengkapi cip pemproses Helio P10 yang 20% lebih efektif dalam grafik dan juga jimat tenaga. Skrin 5.5 inci FHD akan memberikan anda kepuasan dalam menonton video dan juga bermain permainan. Flash Plus 2 juga menyokong fungsi dwi SIM.
Jam 04:23 petang: Flash mengumumkan harga jualan, USD 160 (RM 643.43) bagi peranti variasi 2GB dan USD 190 (RM 764.08) bagi variasi 3GB.
Flash Plus 2 dijual secara rasmi di 5 buah negara termasuk Malaysia.
Pelancaran Flash Plus 2 atas talian berakhir.

