
vivo V3Max yang baru sahaja diperkenalkan pada bulan lepas, kini tampil lagi dengan koleksi warna terbaru iaitu merah jambu (rose gold) selain emas. Seiring dengan pengumuman tersebut, vivo juga turut pengumumkan sebuah lagi model dikenali V3, yang menawarkan spesifikasi lebih rendah berbanding V3Max.
Telah mula dijual di pasaran tempatan, V3 hanya hadir dengan satu warna sahaja iaitu emas. Perbezaan yang dapat dilihat pada V3Max dan V3 adalah paparan skrin, pemproses, RAM dan juga kapasiti bateri.
vivo V3 telah dikuasakan oleh Snapdragon 616 bersama RAM berkapasiti 3GB, dan juga bateri Li-Ion 2550mAh. Malah kedua-duanya menampilkan paparan skrin berbeza, di mana V3 hadir dengan skrin lebih kecil iaitu 5.0 inci berbanding 5.5 inci pada model V3Max.
Spesifikasi:
- Vivo V3
- Vivo V3 Max