
Saintis Menghasilkan Elemen Paling Mahal Di Dunia
Makmal Designer Carbon Materials telah berjaya menghasilkan Endohedral Fullerenes, elemen tersebut kemudiannya dijual pada harga USD 32,000 untuk setiap 200 mikrogram, bersamaan 145 juta dolar bagi satu gram. Elemen ini telah dijual kepada konsortium US dan Britain untuk tujuan penyelidikan.
Endohedral Fullerenes ditemui sekitar tahun 1985, namun ianya tidak pernah dihasilkan secara komersil sehinggalah baru-baru ini. Elemen ini terdiri daripada karbon sfera bersaiz nano yang terkurung di dalam sangkar atom. Tidak seperti bahan lain seperti emas yang dijual pada harga yang tinggi kerana bahannya, Endohedral Fullerenes mempunyai harga yang tinggi kerana ia mempunyai potensi dalam pembangunan teknologi.
Komposisi atomnya membolehkan para saintis menghasilkan teknologi yang mempunyai bacaan lebih jitu, contohnya pada masa kini GPS mempunyai kejituan bacaan 1 hingga 5 meter, dengan mengintegrasikan atom Endohedral Fullerenes para saintis mungkin dapat menghasilkan peranti GPS dengan kejituan bacaaan sehingga 1 milimeter.
Penemuan dan penghasilan elemen ini dijangka akan merancakkan lagi pembangunan teknologi pada masa hadapan dengan pelbagai fungsi dan tambah baik pada teknologi dapat dilakukan. Salah satu kemungkinan di mana elemen ini akan diintegrasikan adalah pada teknologi pemanduan tanpa manusia. Atom Endohedral Fullerenes mampu membuatkan pemanduan auto lebih sempurna dengan pengesan objek yang lebih sensitif dan responsif.

