
Sempena musim hangat bola sepak, OPPO ingin meraihkan kegembiraan bersama peminatnya dengan mempromosikan R15 Pro pada tawaran menarik. Menerusi rakan kongsi Celcom dan SenQ, anda boleh membeli peranti baharu ini dengan hadiah percuma termasuk WeLoop Now 2 Smart Band dan WeLoop Neo Smart Band mulai 21 Jun 2018 hingga 15 Julai 2018.
Dapatkan WeLoop Now 2 Smart Band secara percuma dengan setiap pembelian OPPO R15 Pro di kedai Celcom.
Dapatkan WeLoop Neo Smart Band secara percuma dengan setiap pembelian OPPO R15 Pro di kedai SenQ.
OPPO R15 Pro menjadi peranti pintar pertama keluaran OPPO yang menawarkan dwi-kamera 20MP + 16MP dengan ciri-ciri penggambaran yang menarik. Tidak hanya memfokuskan kepada fungsi penggambaran, prestasi juga amat dipentingkan dengan sokongan pemproses Snapdragon 660 Octa-core 2.2GHz serta RAM 6GB dan 128GB ROM.
Baca Juga:
- Reviu Eksklusif: OPPO R15 Pro, Menampilkan Rekaan Gelas 3D Yang Premium & Bergaya!
- Reviu Eksklusif: OPPO R15 Pro, Penggambaran Dwi Kamera 16MP + 20MP Bersama Ciri 3D Potrait Light!