
Rekaan Kamera Huawei Mate 20 Tertiris?!
Sejak bulan Julai yang lalu, pelbagai ura-ura mengenai peranti baharu dari Huawei Mate 20/20 Pro tertiris di laman sesawang. Setelah lebih kurang 2 bulan, pihak Huawei telahpun mengesahkan pelancaran rasmi siri Mate pada 16 Oktober 2018 di London.
Selain ketirisan pada penggunaan cip pemproses Kirin 980, pengimbas cap jari pada skrin, pengecasan pantas 40W dan teknologi GPU Turbo, terkini pihak Huawei sendiri telah mengesahkan kehadiran rekaan kamera melalui weibo mereka.
Rekaan kamera bersegi empat pada siri Mate ini memperlihatkan niat Huawei dalam pengenalan peranti terbaru mereka.