
WeChat Pay MY merupakan salah satu servis pembayaran tanpa tunai mudah alih yang ringkas dan selamat yang mana kini boleh di muat turun secara percuma melalui sistem operasi Android ataupun IOS.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan dengan WeChat Pay MY:
1. Bayaran Pantas
Anda tergesa-gesa? Jangan risau! WeChat Pay MY direka untuk menyelesaikan transaksi dengan cepat dan mudah. Pengguna hanya perlu paparkan kod QR kepada peniaga untuk pengimbasan dan masukkan pin laluan untuk membuat pembayaran.
2. Pautan Kad Debit
Pengguna hanya perlu membuat pautan kad debit (Mastercard atau Visa) yang dikeluarkan oleh bank dengan akaun WeChat Pay MY bagi menambah nilai baki dompet.
Setiap akaun boleh membuat pautan lebih daripada satu kad debit manakala setiap kad debit hanya boleh digunakan untuk satu akaun WeChat sahaja.
3. Pembayaran Sosial – Sampul Duit
Sampul Duit adalah transaksi P2P (peer-to-peer) melalui rangkaian sosial WeChat. Melalui fungsi ini, pengguna boleh membuat pembayaran atau memindahkan wang serta-merta tanpa sebarang caj.
Terdapat dua jenis sampul – Sampul Duit Individu dan Sampul Duit Kumpulan. Had untuk Sampul Wang Individu adalah RM200, manakala had untuk Sampul Duit Kumpulan adalah RM1,500.
4. Tambah Nilai Prabayar
Dengan aplikasi ini, pengguna juga boleh menambah nilai prabayar dengan sembilan syarikat telekomunikasi di Malaysia termasuk Altel, Celcom, Digi, Friendi, Maxis, Merchantrade, Tune Talk, U Mobile dan XOX melalui aplikasi ini.
5. Pembelian Tiket Bas dan Penerbangan
Selain itu, pengguna WeChat Pay MY juga boleh membeli tiket bas dan penerbangan serta pemilihan tempat duduk melalui penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
6. Pengeluaran Baki Dompet
Baki Dompet ialah jumlah wang yang tersimpan di dalam akaun WeChat Pay MY. Pengguna boleh mengeluarkan baki tersebut pada bila-bila masa ke mana-mana akaun bank mereka. Had pengeluaran ialah RM10,000 sebulan dan baki akan dipindahkan tanpa sebarang caj.
Baca juga :