Beli vivo V11i & Dapatkan Kotak Hadiah Edisi Terhad!

Kepada yang menantikan kehadiran model vivo V11i yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia minggu lepas, ada berita baik buat anda! vivo telah mengumumkan ketersedian model ini untuk pasaran tempatan dengan harga RM1,299 bermula hari ini dengan pilihan warna Starry Night dan Nebula. Lebih menarik, dengan setiap pembelian vivo V11i akan mendapat sebuah kotak hadiah edisi terhad!

Mulai hari ini, vivo V11i boleh dibeli di semua kedai konsep vivo dan rakan kongsi seperti Senheng/senQ, Courts, Chan Furniture, Harvey Norman dan juga Aeon. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli vivo V11i di laman e-dagang Lazada, 11street, Shopee, LMall, Ezbuy dan Aladdin Street serta kedai dalam talian vivo Store.

vivo V11i hadir dengan paparan skrin lebih kecil berukuran 6.3 inci FHD+, dikuasakan oleh MediaTek Helio P60, memori 4GB + 128GB dan juga bateri berkapasiti 3315mAh (Dual-Engine Fast Charging). Masih mengekalkan kamera hadapan iaitu 25MP (f/2.0), tetapi dwi- kamera utamanya pula beresolusi 16MP (f/2.0) + 5MP (f/2.4) dan hanya menyokong ciri keselamatan biometrik pengecaman wajah (face access) sahaja.

You might also like