
[Ura-Ura] : Panel Belakang HUAWEI P40 Pro Mungkin Kelihatan Seperti Ini? Ye Ke Ni?
Berita ketirisan mengenai HUAWEI P40 nampaknya berjaya meraih perhatian ramai hingga menjadi bualan hingga ke hari ini. Terbaru, tersebar pula imej didakwa mendedahkan susunan kamera belakang untuk HUAWEI P40 Pro – terdapat perumahan segi empat tepat dengan sokongan lima kamera.

Jika diteliti, HUAWEI P40 Pro mungkin disertakan dengan empat kamera disusun secara menegak pada bahagian kiri manakala lensa kelima (periskop) di letakkan pada sebelah kanan. Imej tersebut juga menunjukkan terdapat sokongan flash yang ditempatkan pada bawah perumahan kamera.
Memetik khabar angin tersebar, empat kamera pada model ini terdiri daripada lensa utama, lensa ultra-wide, lensa macro dan lensa ToF. Difahamkan, lensa utama mungkin menggunakan sensor 64MP (Sony IMX686). Manakala lensa sudut ultrawide pula disertakan dengan sensor 20MP dan lensa periscope mungkin membawakan sensor 12MP.

Pun begitu, maklumat tersebar masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Mungkin masih banyak rahsia dan kejutan HUAWEI untuk model kali ini? Jadi, sama – sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

