
MacBook Pro 2016 Mempunyai Masalah Bateri
MacBook Pro 2016 mendapat sambutan yang hangat dan terdapat juga pengguna yang hangat hati dengan Apple. Kebanyakan pengguna yang medapatkan MacBook Pro 2016 dengan Touch Bar melaporkan bahawa mereka mempunyai masalah bateri.
Pada pakej dan iklan, Apple menyatakan bahawa MacBook Pro dengan Touch Bar mampu beroperasi sehingga 10 jam pada satu kitaran penuh bateri. Namun rata-rata pengguna yang menghadapi masalah melaporkan bahawa mereka hanya dapat menggunakan komputer mereka kira-kira 3 jam sahaja dengan penggunaan biasa sebelum ia perlu dicas semula.
Berikut adalah laman aduan dan forum di mana anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai maslah bateri yang dihadapi pemilik MacBook Pro 2016.