Karma Grip, Penstabil Kamera Dari GoPro

3GoPro Karma Grip kini sudah mula dijual. Pembuat kamera GoPro mengumumkan bahawa penstabil tersebut akan diedarkan ke stor penjual sah dan juga boleh dibeli melalui atas talian pada harga USD 299.99 (RM 1,333.59). Ini adalah penstabil yang sama hadir di dalam pakej dron Karma, namun setelah dron tersebut menghadapi masalah yang serius, GoPro menjual penstabil ini secara berasingan.
1 2

Karma Grip bersaing secara langsung dengan DJI Osmo dan kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jika anda sedang menimbang sama ada untuk memilih Karma Grip ataupun DJI Osmo, bolehlah tonton video ulasan ini bagi membantu anda melakukan keputusan.

 

 

You might also like