
Wow, Pasaraya Berpaksikan Aplikasi Smartphone
Bayangkan sebuah pasaraya tanpa juruwang, anda cuma masuk, ambil barang yang anda mahu dan apabila sudah cukup semuanya anda keluar sahaja dari pasaraya tersebut. Segala transaksi akan dilakukan seara automatik dalam aplikasi smartphone anda. Konsep pasaraya tersebut sudah menjadi realiti dengan pengenalam Amazon Go.
Pasaraya Amazon Go menggunakan ekosistem teknologi yang membolehkan pembeli log masuk ke dalam pasaraya dengan mengimbas smartphone mereka. Kemudian dengan menggunakan sensor dan kecerdasan pintar, ia mengesan produk yang diambil / diletakkan ke rak. Produk-produk tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa di dalam aplikasi pembelian pengguna. Seteleah selesai mengambil barangan, pengguna cuma perlu keluar sahaja dari pasaraya dan Amazon akan mengecas harga barangan secara atas talian berserta resit rujukan, sangat mudah dan cepat.
Ketika ini Amazon Go dibuka bagi tujuan percubaan fasa terakhir di Seattle, pasaraya percubaan berkeluasan 1,800 kaki persegi ini digunakan pekerja Amazon. Jika semuanya berjalan lancar, kita bakal melihat Amazon Go untuk orang ramai tidak lama lagi.