
Cepat! Aplikasi iOS Berbayar Ditawar Percuma Buat Masa Terhad
Gali punya gali ruang Internet ni, kami menjumpai beberapa aplikasi berbayar iOS yang kini ditawarkan secara percuma. Jadi cepat muat turun sebelum ia kembali pada harga asal.
GIFit
Aplikasi lengkap untuk korang yang suka imej GIF. GIFit membolehkan korang mencipta imej GIF dari video dan gambar pegun, selain menawarkan fungsi lengkap untuk menguruskan fail ini.
Harga asal : USD 4.99 (RM 22.17)
Muat turun GIFit
Web Recorder Pro
Aplikasi ini amat sesuai digunakan oleh mereka yang ingin merekod perkara menarik yang dijumpa ketika melayari Internet. Rakaman tersebut kemudian boleh dihantar kepada rakan dan keluarga.
Harga asal : USD 1.99 (RM 8.84)
Muat turun Web Recorder Pro
Tomatodo
Sibuk sampai kelam kabut jadual korang? Sekarang muat turun je Tomatodo ni, ia menguruskan jadual tugasan dan mengingatkan korang bilakah sesuatu tugasan itu perlu dilakukan. Ia juga akan menjana laporan automatik untuk korang, supaya bolehlah korang memantau rumusan tugasan.
Harga asal : USD 1.99 (RM 8.84)
Muat turun Tomatodo
RepostToStories
Aplikasi ini membolehkan korang berkongsi gambar dan video pengguna lain kepada saluran Stories. Jadi tidaklah kandungan galeri dipenuhi dengan imej repost. Anda cuma salin URL post dari aplikasi Instagram dan masukkan ia ke dalam aplikasi ini untuk berkongsi post tersebut.
Harga asal : USD 3.99 (RM 17.73)
Muat turun RepostToStories