
Apple baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penjualan monitor dengan sokongan Thunderbolt sebaik sahaja unit tersebut habis di dalam inventori jualan.
Ketika ini anda masih boleh mendapatkan monitor tersebut dari mana-mana pengedar atau wakil jualan Apple. Namun sebaik sahaja stok jualan sedia ada sudah habis, ia tidak akan digantikan dengan unit baru. Ini mungkin sahaja peluang terakhir kepada mereka yang ingin mendapatkan monitor ini.
Namun sehingga saat ini, Apple masih belum mengumumkan kenapa langkah memberhentikan bekalan jualan diambil. Desas-desus mengatakan bahawa Apple berkemungkinan besar akan menghasilkan sistem paparan beresolusi 5K, apa kata anda? Sudahkah kita bersedia untuk paparan generasi baru?