
Gambar Acah Xiaomi Mi Pad 4 Mula Tersebar Melihatkan Tarikh Pelancaran Rasmi
Xiaomi yang baru sahaja membawa berita baik kepada para peminat tablet di seluruh dunia hari ini mengeluarkan satu teaser melihatkan Mi Pad 4 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tarikh khusus untuk pelancaran rasmi telah dipilih pada 25 Jun ini bersama sebuah lagi model telefon pintar (Redmi 6 Pro).
Mi Pad 4 yang bakal menggantikan Mi Pad 3 (2017) dikhabarkan memiliki spesifikasi kelas pertengahan dengan ketersediaan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 660, kamera utama 13 Megapiksel, kamera depan 5 Megapiksel, bateri 6,000mAh dan tidak ketinggalan paparan skrin berukuran 7.9-inci HD penuh masih dikekalkan.
Perkakasan yang dimuatkan ini mungkin akan menarik peminat diluar sana memandangkan pada generasi sebelum ini ia hanya menyediakan cip MediaTek MT8176. Selain itu, tiada maklumat lain diberikan dan kita mungkin bakal mengetahuinya sebaik ia dilancarkan kelak.
Adakah anda masih berminat untuk memiliki sebuah tablet pada zaman sekarang? Tinggalkan pendapat di ruangan komen dibawah.