[Ura-Ura] : Black Shark 3 Bakal Muncul? Sokong Paparan Skrin Dengan Saiz Lebih Besar?

Tiada angin tiada ribut, kini muncul ura-ura yang mengatakan pengeluar peranti yang memfokuskan permua terkenal, Black Shark bakal muncul dengan pewaris baharu – dipercayai sebagai Black Shark 3 dan kini spesifikasi mengenainya telah bocor.

Memetik khabar angin tersebar, Black Shark 3 mungkin didatangkan dengan cip pemproses Snapdragon 865 bersama sokongan kadar segar semula lebih tinggi. Selain itu, ia juga dikatakan mungkin menyokong pengecasan pantas 30W dan disertakan dengan bateri berkapasiti sekitar 4,700mAh.

Tiada butiran lanjut mengenai saiz skrin, reka bentuk dan jenis paparan yang digunakan pada peranti buat masa ini. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui mengenai kesahihannya. Sama – sama kita tunggu!

[ SUMBER ]

_______________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like