CES 2020: Samsung Lancarkan Peranti Pintar Oversaiz? Oh Bukan, Sebenarnya Adalah Samsung TV Berputar!

Acara tahunan CES 2020 kini membuka tirai dengan ketampilan pelbagai produk berteknologi, dan Samsung sebagai peneraju dalam bidang teknologi tidak ketinggalan dalam memperkenalkan produk baharu mereka yang satu daripadanya adalah Samsung 5G-The Sero.

5G-The Sero adalah sebuah televisyen bersaiz 43 inci yang boleh berputar dan ia sebenarnya telah dilancarkan di Korea pada April 2019 yang lalu, konsepnya seakan Surface Hub 2 yang mana paparan skrin boleh menegak atau melintang mengikut penggunaan kandungan media terutamanya Snapchat, Instagram Stories dan TikToks.

The Sero boleh dikatakan merupakan sebuah peranti pintar oversaiz, kerana ia boleh bersambung pada peranti pintar dengan sokongan NFC dan segala media seperti video, permainan, laman sosial dan e-dagang juga boleh dilayari melalui The Sero.

 

 

You might also like