
HUAWEI Bakal Tampil Dengan Adapter Pengecas Sehingga 135W??
Baru-baru ini, adapter pengecas HUAWEI yang baharu telah lulus pensijilan China National 3C yang mana ia hadir dengan pengecasan pantas hingga 135W.

Adapter pengecas ini menggunakan nama model HW-200675CP0. Bukan hanya 135W, ia turut menyokong beberapa kuasa berbeza antaranya 15W, 27W, 60W, 75W, dan 94W.

Namun masih belum diketahui bahawa adapter pengecas ini hadir bagi model telefon yang mana. Jadi, sama-sama kita nantikan!!!