- Iklan -

RevBits diiktiraf sebagai salah satu daripada 25 Syarikat Keselamatan Siber Terbaik tahun 2020

Penyedia penyelesaian keselamatan siber RevBits dicalonkan sebagai 25 Syarikat Keselamatan Siber terbaik tahun 2020 oleh The Software Report 

MINEOLA, New York, 5 Januari 2021 /PRNewswire/ — RevBits hari ini mengumumkan bahawa ia telah tersenarai di antara 25 Syarikat Keselamatan Siber Terbaik tahun 2020 sebagaimana yang dibentangkan oleh The Software Report.

Syarikat-syarikat yang terpilih untuk memenangi anugerah pada tahun ini mewakili beberapa organisasi teknikal paling inovatif dan canggih melalui pendekatan mereka untuk melindungi para pelanggan.

RevBits diiktiraf bersama-sama dengan syarikat terkemuka yang telah kukuh dalam industri seperti McAfee, Palo Alto dan lain-lain. “Adalah satu penghargaan penting sebagai sebuah syarikat yang masih baru dalam persekitaran yang sangat kompetitif, sekali lagi kami diiktiraf atas inovasi yang kami bawa,” kata David Schiffer, Ketua Pegawai Eksekutif. 

Beratus-ratus serahan pencalonan telah dinilai oleh The Software Report. Para penerima anugerah melaksanakan teknologi platform proaktif dan komprehensif untuk memastikan pelanggan dilindungi daripada pelbagai serangan siber. Dengan banyak syarikat perniagaan memberi tumpuan operasi terhadap transformasi digital, tawaran penggunaan daripada syarikat keselamatan siber ini penting untuk mengekalkan keselamatan data dan infrastruktur yang berharga.

Tentang RevBits

Ditubuhkan pada tahun 2018, RevBits ialah sebuah syarikat keselamatan siber yang komprehensif yang dikhususkan untuk menyediakan pelanggan dengan perlindungan dan perkhidmatan yang unggul. Dengan menawarkan empat kaedah keselamatan canggih, yang terdiri daripada sepuluh modul yang berbeza, RevBits memberikan perlindungan kepada syarikat yang berdepan dengan ancaman siber paling canggih. Pembangunan teknologi diteruskan dengan menawarkan sebuah platform bersepadu untuk mengurus dan mengawal keempat-empat penyelesaian dalam satu papan pemuka daftar masuk tunggal – RevBits Cyber Intelligence Platform. RevBits beribu pejabat di Mineola, New York serta mempunyai pejabat lain di Princeton, New Jersey, Boston, Massachusetts dan Antwerp (Belgium). Untuk maklumat lanjut tentang RevBits, sila layari www.revbits.com/aboutrevbits

SILA HUBUNGI: Neal Hesterberg, neal.hesterberg@revbits.com

RevBits recognized as a Top 25 Cybersecurity Company in 2020 by The Software Report.
RevBits recognized as a Top 25 Cybersecurity Company in 2020 by The Software Report.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/revbits-diiktiraf-sebagai-salah-satu-daripada-25-syarikat-keselamatan-siber-terbaik-tahun-2020.jpg
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/revbits-diiktiraf-sebagai-salah-satu-daripada-25-syarikat-keselamatan-siber-terbaik-tahun-2020-1.jpg

Source: PRNEWSWIRE

You might also like