WhatsApp Tidak Lagi Sokong Versi Lama Android, iOS & Windows Mulai 1 Februari 2020

Aplikasi WhatsApp sudah menjadi salah satu aplikasi paling rapat dengan kehidupan manusia pada masa kini. Sila ambil perhatian, WhatsApp baru sahaja dikemaskini dan ia dikatakan bakal berhenti memberi sokongan pada sistem operasi versi Android 4.0.3 atau iOS 9 dan ke atas.

Difahamkan, para pengguna yang menggunakan sistem operasi versi berkenaan tidak akan dapat mendaftar atau pun mengesahkan peranti mereka untuk log masuk ke aplikasi mulai 1 Februari 2020. WhatsApp juga memberi amaran bahawa ciri aplikasi mungkin berhenti berfungsi pada bila-bila masa selepas ini.

You might also like