
[Ura-Ura] : Spesifikasi Mi 10 & Mi 10 Pro Kini Bocor? Jadi Bahan Bualan Ramai?
Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah pewaris baru Xiaomi untuk segment peranti mercu keluaran mereka. Kedua – dua peranti ini bakal dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 865 bersama-sama dengan sokongan modem 5G. Meskipun masih berteka – teki mengenai pelancarannya, namun butiran mengenai kedua – duanya kini didakwa telah bocor dan menjadi bualan warganet.

Memetik kebocoran, kedua – dua model ini bakal didatangkan dengan sejumlah spesifikasi yang berbeza termasuk dari segi skrin (saiz/resolusi/reka bentuk), lensa kamera, teknologi pengecasan pantas, kapasiti bateri dan memori. Mari kita lihat satu per satu dan mesra diingatkan, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya.
Spesifikasi Mi 10
Mi 10 dijangka membawakan skrin berukuran 6.5″ OLED dengan kadar penyegaran 90Hz tetapi sumber tidak pula menyatakan mengenai reka bentuk paparan. Mi 10 bakal membawakan persediaan empat kamera belakang dengan lensa utama Sony IMX686 yang dipadukan dengan 20MP (Ultrawide) + 12MP (telefoto) + 5MP (depth/macro). Menariknya lagi, ia dikatakan mempunyai sokongan 30x zoom digital.

Untuk bateri, ia dijangka dibekalkan dengan bateri melebihi 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W dan pengecasan tanpa wayar 30W. Ciri – ciri lain termasuk dual-mode 5G, NFC, dan motor linear.
Spesifikasi Mi 10 Pro
Kebocoran spesifikasi untuk Mi 10 Pro agak sedikit – di mana tidak mendedahkan mengenai saiz, jenis dan resolusi skrin. Untuk kamera, ia dijangka hadir dengan persediaan empat kamera utama – kamera utama adalah sensor 108MP dan ia dipadukan lagi dengan lensa 48MP + 12MP + 8MP. Kapasiti bateri dikatakn melebihi 4,500mAh dan ia mempunyai sokongan pengecasan pantas 66W serta pengisian tanpa wayar 44W.
Pun begitu, sekali lagi diingatkan bahawa maklumat tertiris ini masih lagi rumors dan belum diketahui mengenai kesahihannya. Korang rasa okay ke? Kongsikan dengan kami! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.
[ S U M B E R ]

