
Lebih daripada 60 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Maxis dan agensi-agensi media telah membina dua rumah baharu khas untuk keluarga-keluarga Orang Asli dari Perkampungan Serendah Orang Asli, Rawang, Selangor. Diadakan dalam dua sesi, iaitu pada 19-21 Ogos dan 26-28 Ogos, sukarelawan bekerja selama sehari suntuk untuk membina setiap satu daripada rumah-rumah tersebut, dengan bimbingan daripada pakar pembinaan yang disediakan oleh EPIC Homes.
Projek pembinaan ini adalah sebahagian daripada Projek Kongsi Home Maxis yang dilancarkan pada awal tahun ini, dimana Maxis bekerjasama dengan destinasi membeli-belah atas talian terkemuka dan EPIC Homes untuk mewujudkan cara baru yang inovatif ala “crowdfund”, untuk menyumbang dan membina rumah bagi keluarga yang memerlukan. Para pembeli atas talian hanya perlu melawat laman-laman membeli-belah tersebut untuk membeli bahan-bahan binaan untuk projek pembinaan komuniti oleh EPIC Homes.