
ClevNote, Pembantu Peribadi Yang Harus Dimiliki
Kepada mereka yang merasakan jadual mereka tidak terurus dan kerap terlupa perkara penting dalam hidup, mungkin sudah tiba masanya anda muat turun aplikasi ClevNote. Melalui aplikasi ini anda boleh mencipta nota peringatan untuk pelbagai perkara dalam hidup anda. Terdapat fungsi nota untuk akaun bank yang memudahkan anda menyalin data dan menampalnya pada aplikasi lain.
Selain itu anda juga boleh menggunakan fungsi check list yang memudahkan anda ketika membuat senarai barangan membeli belah dan perkara yang harus dilakukan dalam hidup anda. Aplikasi ini menyimpan nota anda di dalam peranti dan juga di dalam Google Drive, jadi anda boleh mengakses nota ini dimana sahaja, pada mana-mana peranti.
Antara fungsi lain yang ditawarkan adalah :-
- Birthday List
– Mengingatkan anda tentang tarikh kelahiran ahli keluarga dan rakan. - Website ID
– Membantu anda mengingat ID bagi setiap akaun atas talian yang anda gunakan. - General Text
– Fungsi nota asas.