Nubia N2 Dipadatkan Bersama Bateri Sebesar 5,000mAh Telah Dilancarkan

Nubia telah melancarkan sebuah lagi peranti baru yang diberi nama Nubia N2 di India. Telefon pintar ini hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, ia cukup besar bagi sebuah peranti yang memiliki paparan AMOLED bersaiz 5.5 inci.

Tambahan lagi, resolusi pada skrin ini menghasilkan kualiti ulang tayang video sehingga 720p. Pemproses pada Nubia N2 ini menggunakan MediaTek MT6750, RAM sebesar 4GB, ruangan storan 64GB.

Kamera pula didatangkan dengan 13 Megapiksel f/2.2 PDAF di belakang, sementara depan pula disediakan kamera 16 Megapiksel f/2.0 termasuk kebolehan menggunakan dwi SIM, Bluetooth 4.0, GPS/GLONASS/BeiDou dan UI Nubia 4.0

Peranti hanya terdapat dalam dua pilihan warna sahaja iaitu Black Gold dan Champagne Goal, dijual pada harga INR15,999 (kira-kira RM1,057).

You might also like