ASUS ZenBook 13 & 14 Kini Dilancarkan – Dijual Pada Harga Bermula RM3999!!!

ASUS hari ini telah merasmikan ASUS Zenbook 13 dan 14 yang baharu yang mana ia tampil dengan beberapa ciri baharu dan dijual pada harga bermula RM3999.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan paparan yang menakjubkan apabila ia hadir dengan paparan NanoEdge Display yang memberikan tontonan yang lebih luas.

Kesemua versi ZenBook 13 dan 14 ini hadir dengan Intecl Core i5-1035G1 dan Intel Core i7-1065G7 dan dipadankan dengan memori sehinga DDR4 8GB dan storan SSD PCIe 3.0 sehingga 512GB.

Seperti biasa, ASUS ZenBook 13 dan 14 ini hadir dengan ASUS NumPad yang memberikan ruang lebih luas pada papan kekunci.

Selain itu, ia juga hadir dengan fungi WiFi6 dan baterinya mampu bertahan sehingga 22 jam.

ZenBook 13 dan 14 ini dijual masing-masing pada harga RM3999 dan RM4699.

Menariknya, bagi 20 orang pembeli pertama, akan mendapat diskaun rebat RM100 di Shopee . Pembeli awal boleh menggunakan kod baucar ‘ASUSZB100’.

You might also like