
realme baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya bagi pasaran Malaysia yang dikenali sebagai realme C15!! Peranti dengan kapasiti bateri raksasa ini iaitu sebesar 6000mAh ini pasti di atas kertas mampu melaksanakan keupayaan mengagumkan. Justeru, jom kita tengok prestasi peranti ini!!

Rekaan Geometric Gradient Yang Serius Lawa!
Jika dilihat rekaan bagi panel belakang peranti ini sememangnya lain daripada yang lain. Hadir dengan rekaan Geometric Gradient yang memperlihatkan transisi warna yang sangat rare khususnya dari segi patern.
Tambahan lagi, peranti ini sangat selesa untuk dipegang dan tahan percikan air. Jadi mudah untuk anda menggunakannya tidak kira dimana atau dalam situasi apa. jom tengok lagi rekaan peranti ini!
Paparan Serius Terbaek! Bagi Kelasnya!
Jika korang nak tahu, peranti ini hadir dengan skrin yang sangat besar iaitu 6.5″ HD+ Mini Dro Full Screen yang ternyata sangat luas dan best kalau korang mahu menonton video atau bermain game.
Yang menjadikan paparan ini best adalah ia mempunyai aspect ration 20: 9 dan dihadirkan dengan nisbah skrin ke kerangka 88.7″. Sangat luas ketika anda menonton pada peranti ini. Ditambah dengan bezel yang sangat nipis!! Lebih menarik, paparan peranti ini hadir dengan kualiti warna yang sangat baik dan meriah ketika ditonton.
Tak Perlukan PowerBank Dengan Kapasiti Bateri 6000mAh!!

Yang menjadi sorotan bagi peranti ini adalah kapasiti bateri yang sangat besar bagi peranti pintar iaitu 6000mAh yang mampu bertahan lama. Menariknya dalam keadaan standby, ia mampu bertahan sehingga 48 hari dan hadir dengan power saving mood. Dengan hanya 5%, anda boleh menggunakan Whatsapp selaman 115 minit.
Peranti ini juga hadir dengan pengecasan pantas 18W sangat berdesup kencang. Jadi kami melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini.
Kamera Memang Padok!!!
Peranti realme C15 ini hadir dengan sistem 3 kamera iaitu 13MP + 2MP + 2MP. Hasil daripada rakaman dari lensa peranti ini memperlihatkan kualiti yang sangat baik bagi kelasnya. Tidak kira sama ada ia hadir dengan kualiti yang sangat baik khusus dari warna yang terhasil. Dalam situasi low light juga, ia memperlihaktan hasil gambar yang jelas.
Gambar menggunakan sudut ultra lebar juga baik kerana ia mampu merakam sehingga 119°. Lebih banyak imej yang mampu di rakam menggunakan peranti ini.
Kamera hadapan juga boleh tahan apabila ia disertakan dengan 8MP. Imej yang terhasil tampak agak natural dan tidak terlalu fake. Hasil Memang Onz!!!Tak percaya?? Tengok sendiri!!
Pemproses Yang Not Bad

Kalau korang nak tahu, realme C15 ini hadir dengan pemproses Snapdragon 460 dan dipadankan dengan RAM sebesar 4GB dan storan sebesar sehingga 128GB. Jadi sepanjang menggunakan peranti ini, tiada sebarang lag ketika menggunakannya walaupun dalam tempoh masa yang lama. Ketika main game juga tiada masalah. Sangat baik kawalannya.
Apa Kata Editor
Secara keseluruhannya, peranti ini memperlihatkan prestasi yang baik dari aspek daya tahan baterinya. Nak cas juga berdesup kencang!!! Rekaan jyga lain dari yang lain!! Barulah ramai yang memerhati!! Gittew. Pengalaman ketika kami menggunakannya juga sangat baik apabila ia sangat smooth ketika diguanakan tanpa ada sebarang lag atau masalah besar. Jadi, berbaloi untuk anda miliki peranti ini!!!


















