
Hello..!! Hello..!! Berita baik buat semua peminat jenama telefon bimbit Nokia apabila HMD Global hari ini mengumumkan bahawa Nokia 3.1 Plus bakal menuju ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Nokia 3.1 Plus menampilkan paparan skrin bersaiz 6″ inci HD+ bersama rekaan tanpa takuk. Ia dijana oleh pemproses MediaTek Helio P22 dan dibantu memori sebesar 3GB RAM serta storan sebesar 32GB (menyokong kad mikro SD sehingga 400GB).
Melengkapinya, dwi kamera utama : 13MP (f /2.0) + 5MP (f /2.4), kamera hadapan sebesar 8MP (f/2.2) dan bateri berkapasiti 3,500 mAh (melalui mikro USB) – ketahanan bateri sehingga dua hari dengan sekali caj. Telefon ini menjalankan sistem operasi Android One 8.0 digunakan bagi memberikan pengalaman Android Asli.

Nokia 3.1 Plus didatangkan dalam warna Biru dan ditawarkan di Malaysia pada tanda harga RM699 seunit – ketersediaan bermula 25 Januari 2019 di semua pengedar sah Nokia di seluruh negara.
Setiap pembelian, pengguna akan menerima set hadiah percuma bernilai sehingga RM109 – sarung telefon tahan lasak, pelindung skrin tempered glass dan powerbank 5200mAh (stok adalah terhad).
____________________________________
Artikel Berkaitan:
- Miliki Nokia 8.1 Pada Harga RM1,699 – Ketersediaan Bermula 18 Januari 2019!
- Nokia 5.1 Plus Kini Rasmi Di Bawah Tawaran Harga RM899
- Nokia 9 PureView Bakal Diperkenal Bulan Hadapan Di MWC 2019?

