DxOMark : Google Pixel 3 & Samsung Galaxy Note 9 Menduduki Tangga Teratas Dalam Carta Skor Tanda Aras Kamera Swafoto

Buat julung kalinya, DxOMark mendedahkan skor ujian untuk kamera swafoto. Sama seperti ujian untuk kamera utama , proses ujian selfie DxOMark juga adalah sangat menyeluruh – setiap satunya dipecahkan kepada kriteria berbeza termasuklah kualiti bokeh, HDR dan sebagainya.

Berdasarkan foto di atas, hasil ujian jelas menunjukkan bahawa Google Pixel 3 dan Samsung Galaxy Note 9 berada di kedudukan teratas dengan catatan skor yang sama iaitu  92 mata. Kemudiannya, diikuti oleh Xiaomi Mi MiX 3 dengan skor 84 dan iPhone XS Max dilihat menduduki tempat keempat dengan catatan mata sebanyak 82.

Dengan adanya ujian tanda aras ini, pengguna yang kaki selfie pasti lebih mudah untuk memilih telefon mana terbaik buat mereka. Apa kata anda? Kongsi dengan kami!

[SUMBER]

You might also like