
Sebagai tanda penghargaan kepada peminatnya, HUAWEI telah mengadakan acara makan malam eksklusif, Huawei Christmas Night yang berlangsung di Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan untuk para tetamu pada acara istimewa tersebut termasuklah Caviar Masterclass daripada Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar dan bengkel kecantikan oleh Leekaja Beauty Salon.


Turut diadakan, cabutan bertuah yang menawarkan peluang memenangi pelbagai hadiah menarik sumbangan daripada rakan niaga HUAWEI seperti Aerocentric, Palm Garden Golf Club, Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Sheraton Imperial Kuala Lumpur, dan Viu. Para tetamu yang hadir turut menerima cenderahati istimewa.

Bagi memerancakkan lagi majlis, HUAWEI turut mengumumkan mengenai ketersediaan Mate 20 Pro versi terbaharu iaitu 8GB RAM + 256GB bakal bertemu pengguna tempatan pada 22 Disember ini. Berita lanjut KLIK DI SINI.
________________________________________________________________________
Artikel Berkaitan :
- HUAWEI Mate 20 Pro Versi 8GB RAM + 256GB Tersedia Pada 22 Disember – RM 3,999
- Ujian Kelajuan Huawei Mate 20 Pro vs iPhone XS Max! Siapa Lebih Bagus?!
- Luar Biasa, Huawei Persembahkan Suara Aurora Melalui Teknologi AI Mate 20 Pro
- Huawei Siri Mate 20 Jadi “Raja” Pengecasan Pantas – Atasi iPhone & Samsung

