Luar Biasa, Huawei Persembahkan Suara Aurora Melalui Teknologi AI Mate 20 Pro

Suara lampu kutub utara atau dikenali sebagai Aurora sememangnya sudah lama menjadi misteri. Bahkan, bunyi Aurora juga dianggap mustahil. Jadi, bolehkah anda menangkap bunyi cahaya?

Bersempena meraikan pelancaran Huawei Mate 20 Pro, sebuah persembahan unik keupayaan AI iaitu Symphony Sound of Light telah diadakan di Brahms Hall Musikverein di Vienna, Austria baru-baru ini.

Symphony Sounds of Lights menghubungkan teknologi dan kesenian bagi mengubah salah satu fenomena semula jadi yang paling indah di dunia menjadi sesuatu yang benar-benar luar biasa iaitu membawakan bunyi ‘lampu’ kutub utara (aurora).

Beberapa bulan sebelum ini , projek Sound of Light telah menguji had bagaimana teknologi AI dapat diajar bagi membaca imej sekaligus menghasilkan potongan bunyi baru yang sangat luar biasa.

Menggunakan foto yang diambil oleh Kjetil Skogli di Norway, teknologi AI pada Mate 20 Pro telah digunakan bagi mengiktiraf ciri-ciri utama mereka seterusnya mengubah menjadi unsur-unsur muzik. Muzik tersebut disusun oleh komposer terkenal iaitu Mark Sayfritz.

Setelah disusun, potongan muzik tersebut dikongsi pula bersama konduktor terbaik dunia iaitu James Shearman untuk dipersembahkan dalam orkestra Symphony Sounds of Lights. Keseluruhannya hanya menggunakan keupayaan AI pada Mate 20 Pro semata.

https://www.youtube.com/watch?v=TQ3KNXQwO1o

Untuk menghasilkan bunyi cahaya, sebuah peranti yang berkuasa tinggi amat diperlukan. Berikutan kejayaan ini, Mate 20 Pro berjaya membuktikan bahawa ia merupakan peranti yang serba lengkap dan membenarkan meneroka dunia kreatif. Anda ingin mendengarnya? Klik pada video di bawah dan enjoy!

https://www.youtube.com/watch?v=_B3QuhB_1Us

Bagi yang berminat,Mate 20 Pro kini boleh didapati pada harga RM3,599 melalui kedai-kedai konsep rasmi Huawei atau gedung membeli belah atas talian seperti Huawei Store dan Lazada. Untuk maklumat atau ketahui tawaran hebat dengan lebih lanjut, sila layari laman FB Huawei.

You might also like