

Tahun 2018 ini memperlihatkan kejayaan OPPO apabila Counterpoint melaporkan pada suku tahun ketika yang memfokuskan kepada jumlah penghantaran dan OPPO telah mencatatkan skor yang sangat cemerlang dengan mendapat 16% daripada jumlah keseluruhan yang meletakkan mereka ditangga pertama di Asia
Hal ini ekoran daripada OPPO yang telah memperkenalkan pelbagai produk inovatif, menakluk penemuan teknologi dan menjadi trendsetter dalam industri telefon pintar.

Salah satu pencapaian OPPO adalah mereka merupakan telefon pintar yang pertama dilengkapi dengan VOOC Flash charge technology pada julat harga RM1000 – RM1500 yang memberikan layanan sama rata bagi pelbagai lapisan pengguna. Mereka tidak berhenti di situ sahaja, apabila baru-baru ini mereka telah memperkenalkan SuperVOOC flash charging technology, yang menjimatkan masa pengecasan lebih daripada setengah jam berbanding VOOC yang normal. Bagi keluaran terbaharu R17, R17 boleh di cas dari 0% sehingga 40% dalam masa 10 minit sahaja.
Oppo R Series merupakan salah satu siri yang terlaris di dunia dengan lebih 100 juta pengguna menikmati teknologi daripada OPPo dan rekaannya. Sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada pengguna dan ini dapat dilihat menerusi R17 Pro yang mana menyediakan penyelesaian kepada masalah mengambil gambar pada waktu malam menggunakan Ultrea Night Mode. R17 pastinya mampu menghasilkan gambar yang sangat cantik.

Keindahan warna pada peranti OPPO juga boleh dilihat. Memberikan warna yang sangat cantik pada R17 Pro yang mana memaparkan gradient warna dari unggu kepada biru nyata memberikan perspektif baharu kepada pengguna . Bukan itu sahaja melalui OPPO’s exclusive 3D Misted glass technology, ia telah mempersonakan para pengguna dengan keindahannya.
OPPO sentiasa melakukan diluar kebiasaan dan mengetahui apa yang diperlukan oleh pengguna. Harga seperti RM2699 bagi OPPO R17 dilaporkan sudah kehabisan stok pada masa ini ketika majlis jaualan yang pertama pada sabtu lalu. Walaubagaimanapun, pelanggan boleh pergi ke OPPO Concept Store untuk membeli R17 Pro sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut, mengenai kempen ‘Thousand Stories of the Night’ dan OPPO R17 Pro, layari laman sesawang OPPO, Facebook OPPO , Thousand Stories of the Night atau Thousand Stories of the Night T&C .
Baca juga:

