HONOR View20 Bakal Hadir Dengan Fungsi Rakaman Video Gerak Perlahan 960fps

Sebelum ini, HONOR sendiri telah mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baharu iaitu HONOR View20 (Honor V20) pada 22 Januari depan di Paris.

Meskipun belum dilancarkan, tetapi maklumat mengenai ciri spesifikasi telefon pintar tersebut kini mula tertiris menerusi beberapa keping imej yang tersebar di laman sesawang.

Memetik imej tersebar, HONOR View20 bakal menyokong keupayaan rakaman video gerak-perlahan 960fps. Ia juga hadir dengan rekaan lubang kecil pada paparan skrin hadapan pada bucu kiri yang menempatkan kamera swafoto sebesar 25MP.

Antara spesifikasi lain termasuklah bateri berkapasiti 4,000 mAh, GPS dual-frequency AI, sensor kamera utama 48MP dan Link Turbo – ciri di mana secara automatik beralih antara 4G dan Wi-Fi di samping boleh menggabungkan kedua-duanya untuk sambungan terbaik.

[SUMBER]

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

You might also like