
Honor Perkenalkan 3 Teknologi Pertama Dunia – Kamera Utama 48MP, Honor All-View Display & Link Turbo
Berikutan kejayaan besar yang dicapai menerusi kehadiran teknologi GPU Turbo, Honor sekali lagi menggegar dunia gajet dengan memperkenalkan tiga lagi teknologi baharu – kamera utama 48MP, Honor All-View Display dan Turbo Link.
Artikel Berkaitan: Nantikan Kemunculan HONOR View 20 Yang Akan Mengagumkan Anda
Kamera Utama 48MP
Honor memperkenalkan kamera utama dengan resolusi tinggi iaitu 48MP dengan sensor Sony IMX586 bagi menandakan era baru dalam dunia fotografi telefon pintar. Ia merupakan yang pertam di dunia hadir dengan lensa definisi tinggi bagi menyampaikan imej berkualiti dengan butiran lebih baik walaupun dizum.
Berikut contoh gambar yang diambil dari lensa sensor 48MP, klik untuk melihat imej pada saiz sebenar:
Ia turut diselitkan dengan kuasa pengkomputeran AI bersama pemproses grafik yang disokong oleh dual-ISP dan dwi-NPU cipset Kirin 980 yang mana secara automatik akan melaksanakan pemproses imej berbilang sekaligus menghasilkan kualiti dan kejelasan foto yang tidak dapat ditandingi.
Honor All-View Display
Honor memberikan tahap pengalaman paparan penuh yang terbaik dengan pengenalan teknologi HONOR All-View Display. Pengenalan ini jelas menunjukkan Honor begitu berdedikasi dalam evolusi paparan penuh.
Link Turbo
Memahami kehendak pengguna, Honor telah mendefinasikan semula pengalaman telefon pintar dengan pengenalan Link Turbo.
Disokong dengan teknologi AI, Turbo Link secara automatik akan menganalisis peranti dan keadaan rangkaian untuk beralih dengan lancar – antara Wi-Fi atau 4G. Selain itu, ia juga meningkatkan kelajuan muat turun secara serentak menggunakan kedua-dua rangkaian.