
Lazada yang menjadi platfom beli-belah dalam talian terbesar di Malaysia hari ini membuka pra-tempah honor 7S pada harga RM379. Berdasarkan harga yang ditawarkan, peranti ini memiliki spesifikasi kelas permulaan lantas harganya juga lebih murah berbanding peranti honor 7A yang dilancarkan awal bulan ini.
Honor 7S hadir dengan skrin 5.45-inci 18:9 HD+ yang dikuasakan cipset MediaTek MT6739 berasaskan Android 8.1 Oreo dan antaramuka EMUI 8.0. Ia juga mengenakan memori RAM 2GB dan storan 16GB diikuti sokongan slot kad microSD. Sebuah bateri sebesar 3,020mAh turut dimuatkan bersama.
Sistem kamera pula menggunakan sensor 13 Megapiksel di belakang dan 5 Megapiksel di sebelah depan yang dibantu LED flash. Ciri lain yang disokong pada telefon pintar ini adalah dwi SIM, radio FM, bicu microUSB, dan Bluetooth v4.2.
Sebaik anda menempah honor 7S di Lazada, ia dijangka tiba pada 4 Julai kelak dengan dua pilihan warna, emas dan hitam serta dapatkan kad microSD Sandisk (32GB) secara percuma.
Beli di Lazada : Honor 7S pada harga RM379