
Pengumuman buat pengguna Astro Go, kini aplikasi ini telah menerima kemaskini bermula hari ini. Menariknya dalam kemas kini terbaharu ini, antaramuka aplikasi ini dilihat tampil dengan lebih kemas.
Menariknya, ia dilengkapi dengan tema yang lebih gelap pada keseluruhan aplikasi atau laman sesawang. Turut dilihat perubahan apabila ia memaparkan imej kerdil dengan kandungan yang lebih besar.
Dari aspek penstriman pula, ia mampu dilakukan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini. Menurut pihak Astro, carian kandungan turut ditambah baik.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengemaskini aplikasi Android dan iOS terlebih dahulu bagi menikmati penambahbaikan ini.