
Nokia Tampil Peranti Baharu Dengan Rekaan Tiga Kamera?!
Pada MWC 2019 yang lalu HMD Global telah memperkenalkan Nokia 9 PureView kepada umum, peranti ini terkenal dengan rekaan unik pada kamera belakang yang mempunyai lima lensa.
Terkini melalui ketirisan di laman Weibo, HMD Global berniat mengeluarkan sebuah peranti pintar dengan reka bentuk seumpana Nokia 9 PureView tetapi hanya tiga lensa. Model baharu dengan kod nama TA-1198 ini mempunyai 48MP lensa Carl Zeiss bersama sokongan LED flash, sementara kamera swafoto menggunakan lensa 20MP.
Bagi spesifikasi dalaman pula, ia dilengkapi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 660, menyokong pengimbas cap jari di panel belakang, kapasiti bateri sebesar 3,500mAh, paparan skrin mengunakan rekaan titisan air, dan menyokong 3.5mm audio port serta butang Google Assistant masing-masing di bahagian bawah dan sisi peranti.
Peranti baharu ini dikhabarkan bakal diperkenalkan pada 9 Julai nanti, dan ia beroperasi di bawah Android 9 berasaskan Android One.
[ MWC 2019: OHSEM! Hasil Gambar Dari Gergasi 5 Kamera – Nokia 9 PureView ]