
Jenama peranti terkemuka, Vivo baru sahaja melancarkan peranti siri Vivo S1 dan Vivo kini telah memberi gambar dengan mempamerkan gambar acah mengenai ketibaan peranti ini bagi pasaran malaysia.
Gambar acah tersebut di muat naik menerusi akaun rasmi Facebook Vivo Malaysia. Gambar tersebut disertakan dengan tanda pagar #UnlockYourStyle.
Namun belum dapat dipastikan sama ada model S1 atau S1 Pro yag akan dibawa masuk. Berkemungkinan akan berlaku perubahan spesifikasi berbanding model yang dijual di China.
Vivo S1 yang dijual China dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.53 inci dan dikuasakan oleh Cip Helip P70 serta 6GB RAM dan 128GB storan. Kamera juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 12MP + 8MP + 5 MP serta 24.8MP bagi kamera hadapan.
Untuk mendapat maklumat lanjut layari laman sesawang Vivo atau Facebook rasmi Vivo Malaysia. Jadi sama-sama kita nantikan perkembangan ketiabaan peranti ini.