Samsung Galaxy S11e Pula?! Peranti Flagship Berskrin Kecil Bakal Tampil!

Samsung telah menambah satu model dengan penamaan “e” pada siri Galaxy S10 apabila ia dilancarkan, bagi siri baharu Galaxy S11 pula Samsung dipercayai masih bersiap sedia untuk melancarkan Galaxy S11e pada tahun depan.

Baru-baru ini laman sesawang telah mendedahkan konfigurasi bagi Galaxy S11e yang mana ia tidak jauh beza dengan Galaxy S11/S11+, iaitu mempunyai skrin kadar segar 120Hz dan 108MP sensor kamera.

Apa yang membezakan adalah S11e hadir dengan skrin yang lebih kecil bersaiz 6.3”, prestasi dalaman merangkumi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 865 (Samsung Exynos 990), 8GB / 12GB RAM dan 128GB/256GB ROM, bersama kapasiti bateri 3730mAh yang turut sokong pengecasan pantas 25W.

Ada sesiapa yang lebih prefer skrin kecil? Meh kongsi komen di bawah.

BACA JUGA:

Sarung Pelindung Siri Samsung Galaxy S11 Tertiris! Rekaan Kamera Tu…

 

 

 

You might also like