Menangi Hadiah Bernilai Sehingga Rm129000 Menerusi Pertangingan Fotografi ‘Be RENOgrapher’!!

165

OPPO, jenama peranti pintar terkemuka dunia dan Tourism Malaysia telah bekerjasama dalam melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’. Dengan hadiah bernilai sehingga RM 129,000 untuk dimenangi, Pertandingan Fotografi ‘Be RENOgrapher’ bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia menerusi lensa kamera telefon pintar sekali gus memupuk minat fotografi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas melibatkan pengguna OPPO dan bukan OPPO, bermula dari 18 November 2020 hingga 20 Disember 2020. Bagi memberi ruang kepada para peserta dalam mencungkil bakat mereka, peraduan ini terbahagi kepada empat kategori yang berbeza: Clearly Your Best Night, Clearly Your Best Portrait, Clearly Your Best Creativity dan Clearly Your Best Landscape.

Clearly Your Best Night memberi tumpuan kepada perakaman pemandangan yang menawan dalam keadaan pencahayaan rendah, sementara Clearly Your Best Portrait memfokuskan kepada pengabadian semangat Malaysia dalam penggunaan mod potret. Di bawah kategori Clearly Your Best Creativity, peserta bebas menerokai kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar di luar jangkaan, manakala Clearly Your Best Landscape memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi keindahan Malaysia.

Bagi pengguna OPPO

Langkah 1: Pilih tema yang diminati (rujuk rajah dibawah). Semua peserta digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema.

Langkah 2: Guna apa sahaja jenis telefon pintar OPPO dan pastikan anda aktifkan watermark OPPO untuk mengambil gambar.

Langkah 3: Muat naik ke Instagram dengan 3 hashtag

  1. #BeRENOgrapher
  2. Hashtag nama modal telefon pintar OPPO anda (eg. #OPPOReno4Pro)
  3. Hashtag kategori tema yang disertai (dari langkah 1). Pastikan profil Instagram anda diset ke ‘Public’.

Langkah 4: Hantarkan URL Instagram anda ke https://forms.gle/GRtpamKFVdX3uQtU6 untuk mengesahkan penghantaran anda.

Bagi bukan pengguna OPPO

Langkah 1: Pilih tema yang diminati (rujuk rajah dibawah). Semua peserta digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema.

Langkah 2: Ambil gambar dengan telefon pintar anda. Pastikan watermark ditutup.

Langkah 3: Muat naik ke Instagram dengan 2 hashtag:

  1. #BeRENOgrapher
  2. Hashtag kategori tema yang disertai (dari langkah 1). Pastikan profil Instagram anda diset ke ‘Public’. 

Langkah 4: Hantarkan URL Instagram anda ke https://forms.gle/GRtpamKFVdX3uQtU6 untuk mengesahkan penghantaran anda.

KategoriHashtag Kategori
Clearly Your Best Night#RenoNightMoment
Clearly Your Best Portrait#RenoPortraitMoment
Clearly Your Best Creativity#RenoCreativeMoment
Clearly Your Best Landscape#RenoLandscapeMoment

Sepanjang tempoh peraduan, satu peserta dari setiap kumpulan dengan foto terbaik akan dipilih sebagai pemenang mingguan. Pada 23 Disember 2020, 15 pemenang saguhati, 10 pemenang hadiah cemerlang dan empat pemenang kategori dari Kumpulan OPPO serta 12 pemenang saguhati, lapan pemenang hadiah cemerlang dan empat pemenang kategori dari Kumpulan Bukan OPPO akan diumumkan di https://oppomy.com/BeRENOgrapher. 8 Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 2 Januari 2021. 

Para peserta juga boleh mengambil bahagian menerusi platform rakan kongsi, di mana pengguna OPPO berpeluang memenangi OPPO Reno4 Pro manakala bukan pengguna OPPO berpeluang memenangi OPPO Enco W31. 1 pemenang bagi setiap kategori akan dipilih dari setiap platform rakan kongsi, yang akan diumumkan di platform masing-masing. Rakan kongsi yang mengambil bahagian termasuk China Press, Berita Harian, Era FM, Astro Gempak, Kuala Lumpur Photography Festival (https://klpf.com.my/oppo/), Zing Gadget, Technave 中文版 dan Technave. Digi juga berkerjasama dengan OPPO sebagai platform rakan kongsi. Maklumat lanjut bagi hadiah dan perincian peraduan Digi boleh didapati di laman Facebook rasmi Digi.