Peneraju Peranti Wearables

1

Peranti Apple Watch telah menggegarkan pasaran semenjak dilancarkan dengan ramai orang memperkatakan tentang peranti dari syarikat gergasi Apple. Namun adakah peranti tersebut mampu memberikan Apple takhta sebagai pengeluar peranti wearables paling laris bagi tahun 2015? Ayuh kita lihat.

Table 1

Menurut laporan, sepanjang suku ketiga tahun ini, sebanyak 3.9 juta peranti Apple Watch telah dijual, statistik jualan tersebut sememangnya mengagumkan apabila dibandingkan dengan jualan Samsung Gear yang hanya terjual lebih satu juta unit sepanjang tahun 2014. Namun angka tersebut hanya mampu meletakkan Apple sebagai jenama kedua terlaris dalam persaingan peranti wearables, takhta tersebut dipegang Fitbit dengan catatan jualan 4.7 juta pada tempoh yang sama.

 

You might also like