
Kamus Oxford Memilih Emoji Sebagai Pemenang ‘Word Of The Year’
Pelik tetapi benar! Di dalam banyak-banyak perkataan yang wujud dan boleh dituturkan dalam perbualan seharian, Kamus Oxford yang dimiliki oleh Oxford University Press (OUP) telah mengumumkan emoji sebagai pemenang untuk anugerah ‘Word Of The Year’. Pemilihan emoji yang menggambarkan karakter dengan tangisan kegembiraan atau “Tears of Joy” ini sememangnya agak pelik dan menimbulkan kontroversi kerana ia bukanlah sebuah perkataan sebaliknya hanya mewakili satu ikon sahaja.
Namun begitu, menurut Presiden Kamus Oxford iaitu Casper Grathwohl, penggunaan emoji menjadi sangat popular kerana setiap karakter telah berkembang dengan trend dan juga ceritanya yang tersendiri. Tetapi berdasarkan kepada respons yang diterima, banyak pihak yang mempertikaikan kemenangan emoji “Tears of Joy” kerana ia hanya membawa hanya satu maksud iaitu ketawa hingga mengeluarkan air mata. Ini berbeza dengan sesetengah emoji yang boleh membawakan maksud yang berbeza.