
OnePlus 5 Akan Dilancarkan Esok – Sebelum Itu Lihat Semua Prototaip
OnePlus akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu OnePlus 5 tengah malam nanti. Peranti yang menggunakan kerangka logam hitam ini dimuatkan dengan fungsi dwi kamera, set cip yang berkuasa, storan yang besar malah RAM yang tinggi mampu memberi saingan kepada flagship daripada jenama lain.
Sebelum itu, kunjungan media The Verge telah membuatkan pihak OnePlus menunjukkan kesemua set prototaip OnePlus 5 yang telah dibangunkan. Di dalam video tersebut, CEO, Pete Lau memberitahu mereka tidak dapat membekalkan paparan penuh tanpa butang di bahagian hadapan flagship tahun ini disebabkan kekangan kuantiti daripada pembekal.
Bagi menggantikan cadangannya itu, OnePlus telah memberi mandat kepada bahagian pembangunan kamera untuk menyediakan lensa yang mampu mengambil gambar yang lebih menarik.

Terdahulu, eRing ada kongsikan contoh gambar hitam putih yang diambil menggunakan OnePlus 5, apa yang boleh dikatakan OnePlus telah berjaya menaik taraf teknologi kamera mereka dan ini adalah langkah yang tepat diambil oleh syarikat ini untuk mengembangkan lagi sayap mereka.